Monday, March 1, 2010

A Cappella



You've gotta love this. :o)

Thursday, February 25, 2010

[25.02.2010] Senandung Suralaya

Hari ini agak peculiar buat saya, saya telah mendapat jemputan dari sebuah majalah, sebagai salah seorang finalis anugerah yang dianjurkan pada tahun 2009 bagi menghadiri kelas make up oleh Shu Uemura yang dikendalikan oleh Najeeb Azami. Ada juga terdetik di hati, dari 7 finalis, kenapa saya? Mungkin majalah tersebut ingin mengatakan sesuatu? (hanya gurauan) ;op

Walau bagaimanapun, kami banyak ketawa di dalam kelas tersebut terutama sekali ketika saya memegang eyelash curler dan mengaplikasikan mascara.

Najeeb ada mengatakan sesuatu yang membuat saya terfikir, "kalau nak cantik pakai make up, semasa pakai make up kene tersenyum berangan kita ni cantik pakai make up". Kata-katanya mengingatkan saya kepada kata-kata Anaïs Nin, "Dreams are necessary to life ... Dreams pass into the reality of action. From the actions stems the dream again and this interdependence produces the highest form of living."

Hobi saya adalah berangan?

Mungkin.

;o)

Angan-angan saya biasanya akan disalurkan menjadi sebuah karya. Pembikinan karya tersebut merupakan apa yang boleh dikatakan 'hobi' dan ianya kerap berubah-ubah. :o)

Saya pernah melukis.

Saya pernah menjahit.

Saya pernah mengait.

Saya pernah mencairkan plastik untuk dibentuk menjadi assesori fesyen.

Saya juga pernah menulis blog untuk mengisi masa lapang.

Tetapi ada satu hobi saya yang dari dahulu hingga kini masih lagi saya amalkan - membaca. Seperti muzik, saya tidak mempunyai genre pilihan walaupun saya tertarik dengan karya-karya yang berkisar sekitar sosiologi dan ekonomi. Bagi karya-karya fiksyen pula saya lebih tertarik dengan karya yang bahasanya berpuitis dan lirikal.

"I am an excitable person who only understands life lyrically, musically, in whom feelings are much stronger as reason. I am so thirsty for the marvelous that only the marvelous has power over me. Anything I cannot transform into something marvelous, I let go. Reality doesn't impress me. I only believe in intoxication, in ecstasy, and when ordinary life shackles me, I escape, one way or another. No more walls."

Kata-kata Anaïs Nin ini pula seakaan-akan menggema diri saya. Hurmmm ... mungkin hanya sebahagian kecil dari diri saya ... mungkin hanya 0.01%? ;op

Wednesday, February 24, 2010

[24.02.2010] Top 16

Melayari laman web mastraveller.com telah menjadi rutin tetap saya setiap pagi. Tetapi pagi ini, perasaan tidak sama seperti pagi sebelumnya, terasa seakaan ada void apabila ternampak dua lagi wajah dikelabukan.

Saya bersyukur saya masih lagi tersenarai di dalam Top 16 MAS – Saya Nak Cuti!, walaupun sebenarnya kedudukan saya di bahagian ekor senarai. Situasi ini menghantar saya mengimbau kembali zaman persekolahan. Saya dahulu bersekolah di sebuah sekolah berasrama penuh yang pelajarnya boleh dikatakan crème de la crème, agak parah juga kedudukan saya dari segi akademik. :op

Terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang telah mengundi, terus mengundi dan mempunyai niat untuk mengundi tetapi tidak berkesempatan, walaupun ianya hanya niat yang belum direalisasikan, saya amat menghargainya. Terima kasih juga kepada mereka yang membantu dalam kempen mengundi. Saya percaya what goes around comes around. Kalau bukan saya yang membalasnya, jasa baik itu akan terbalas juga. :o)

Oh! Jumaat ini sekumpulan finalis 'MAS - Saya Nak Cuti!' akan berkumpul di restoran Sate Kajang Haji Samuri, apa lagi ... untuk sessi berkenalan lah! Tunggu blog update tentang gathering ini ya? ;o)

Tuesday, February 23, 2010

Richard St. John's 8 Secrets of Success



Saya telah diberikan link ke video ini sebentar tadi dan saya rasa saya perlu berkongsinya dengan umum. :o)

Monday, February 22, 2010

[23.02.2010] Pusingan Kedua


Saya amat suka akan huraian Ralph Waldo Emerson tentang kejayaan:

"To laugh often and much; to win the respect of intelligent people and the affection of children; to earn the appreciation of honest critics and endure the betrayal of false friends; to appreciate beauty; to find the best in others; to leave the world a bit better, whether by healthy child, a garden patch, or a redeemed social condition; to know even one life has breathed easier because you have lived; this is to have succeeded."

Jika ditanya perasaan saya sehari sebelum hari eliminasi, ianya bukan lagi fokus saya, jadi perasaan saya sama seperti hari-hari lain.

Dua minggu dalam pertandingan, saya dapat peluang lebih mengenali finalis-finalis lain. Saya mulai nampak bakat-bakat yang menyerlah serta personaliti yang menarik dan ini membuatkan saya faham mengapa mereka terpilih.

'MAS - Saya Nak Cuti!' turut memberi tolakan kepada saya untuk membina jaringan dengan generasi doi moi Hanoi. Jika tidak untuk program ini, saya berharap mungkin pada masa hadapan saya dapat menjalankan kolaborasi atau pertukaran dengan jaringan baru di Hanoi ini.

Kalah dan menang adalah adat permainan, fokus saya sekarang adalah untuk memberikan yang terbaik dan meningkatkan pembangunan diri.

Pergh! ... serius satu macam bukan?! :op

Selamat hari Selasa semua!

Semoga hari ini lebih baik dari hari-hari sebelumnya, insya allah ...

911 - Wyclef Jean feat. Mary J Blidge

[22.02.2010] Seharum Kemboja


Petang tadi saya berazam untuk menulis blog, saya ke restoran berdekatan pejabat. Duduk di sudut yang agak terlindung dan memesan segelas kopi o dan sepinggan ubi kayu rebus bercicahkan sambal tumis dan madu. Sempat mengelamun, membayangkan diri di dalam filem P Ramlee, maklumlah makanan yang dipesan agak 'retro'. :op

Tetapi niat itu terbantut kerana saya didatangi dengan berita yang agak mengecewakan. Mujurlah ada rakan lama yang memahami dan sering memberi kata-kata semangat.

Dalam apa-apa keadaan pun, tanggungjawab tetap tanggungjawab, saya masih perlu menghabiskan penulisan blog untuk hari ini.

Memang sudah lama saya tidak ke luar negara atau ke destinasi tempatan untuk bercuti. Tetapi sejak Oktober lalu, saya belajar meluangkan masa untuk bercuti. Semakin lama, percutian itu semakin kerap.

Tidak jauh, hanya ke Puchong, untuk melawat anak saudara saya, Omera.

Segala kekusutan terungkai, segala dukacita akan lenyap, dengan hanya satu senyuman darinya. Seperti lirik lagu 911 oleh Wyclef Jean, "If this is the kind of love that your mom used to warn you about, Mary, you are in trouble, You're in real big trouble". :o)