Maklumlah, saya sedang mengambil feel untuk ke Hanoi, Vietnam - the Land of Ascending Dragon, tentunya dengan keizinan anda semua. :o)
Sebelum ini saya adalah seorang backpacker. Saya rasa setiap individu perlu keluar merantau kerana dari pengalaman itu, selalunya kita lebih menghargai apa yang ada di negara kita. Pengalaman merantau dan berinteraksi dengan penduduk tempatan dan juga backpackers yang lain turut membuka minda saya.
Destinasi terakhir sebelum saya menggantung backpack saya untuk memberi tumpuan penuh kepada Bijou Bazaar adalah Hanoi.
Pada masa itu, Hanoi menjadi pilihan saya kerana saya banyak menghabiskan masa bersama pelajar-pelajar dari Vietnam semasa A levels dahulu. Kolej saya ada memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar cemerlang Vietnam dari keluarga miskin. Ketiga-tiga teman rapat saya dari Vietnam telah melanjutkan pelajaran ke LSE, Oxford dan Cambridge. Impressive bukan? Persamaannya, mereka gigih dan berdisiplin. Walaupun saya tidak lagi berhubung dengan mereka, saya masih lagi rasa ingin melihat persekitaran di mana mereka membesar; di utara Vietnam.
Saya ke Hanoi pada akhir 2007 dan sebaik sahaja saya menjejak kaki di kota lama Hanoi, saya jatuh cinta pada pandangan pertama. Saya temui ketenangan berjalan sekitar kota lama tersebut awal pagi, sewaktu penduduk tempatan mulai bangun untuk memulakan hari mereka. Menarik, jalan-jalan di kota lama Hanoi dinamakan mengikut aktiviti perniagaan yang dijalankan sepanjang jalan tersebut.
Seperkara lagi yang menarik perhatian saya adalah penduduk tempatan amat menyayangi kucing. Di Hanoi adalah pertama kali saya melihat seekor kucing serta anjing membonceng motosikal. Jakun saya dibuatnya! Penduduk tempatan juga turut menambat kucing kesayangan yang dijaga baik.
Tak percaya?
Biar saya rakamkan untuk anda. ;o)
Tempat yang paling saya rindui adalah Ha Long Bay, 4 jam perjalanan dari Hanoi. Saya sangat inginkan peluang menginap di atas junkboat untuk menikmati pemandangan sewaktu mentari terbit dan senja, tentu sahaja boleh membuat segala kekusutan lenyap.

No comments:
Post a Comment