Thursday, February 18, 2010

[18.02.2010] Ratu Lawak?


Kami sekeluarga baru sahaja melihat promo program 'MAS - Saya Nak Cuti!' di ASTRO Ria buat pertama kali sebentar tadi, lalu Bapak berkata, "lepas ni Ya masuk Raja Lawak".

o_O ?!?!?!?!?!

Dia turut menawarkan diri menjadi pengurus.

*garu kepala*

Dahulu, perkara seperti ini akan saya rakamkan di dalam blog saya. Baru sahaja petang tadi saya melawat blog lama saya, bak kata orang, down memory lane. Saya baru sedari, kelakar jugak orang sekeliling saya pada zaman itu. Ada beberapa blogpost lama yang membuatkan saya ketawa besar sehingga kucing saya sendiri melompat terkejut. Blog tersebut turut menjadi travelog saya, di mana saya rakamkan segala apa yang saya alami, pelajari semasa perjalanan serta analysis saya tentang negara tersebut.

Saya mula menulis blog kerana saya mahukan ruang untuk ekspresi diri. Lama kelamaan bila rakan-rakan lama saya dari sekolah, kolej dan universiti mula membaca, ia dijadikan tempat untuk berinteraksi dengan mereka.

Tapi saya sudah lama tidak menulis, Armageddon melanda blog tersebut sekitar tahun 2007.

Mengapa berhenti?

Facebook is the place to be, man! Hahaha! OK lah, itu hanya alasan. Memang kalo ikutkan saya, tentunya banyak yang saya nak mencecer, berjela-jela saya akan tulis. Tapi kalo nak mulakan sesebuah perniagaan, terpaksalah beri sepenuh komitmen + buat sedikit pengorbanan. Maka berakhirlah riwayat blog saya. :op

Alamat blog saya yang usang + berhantu?

http://www.wegra.blogspot.com/

Jeng! Jeng! Jeng!

Jika anda berani, pergilah buat rombongan Che Kiah ke sana ... ;o)

No comments:

Post a Comment