Semasa melawat Naz di Kelana Jaya semalam, saya terpandang sebuah naive wall art yang saya amat kenali signaturenya. Ianya tentulah hasil kerja Donald Abraham.http://anjingandbrush.blogspot.com/
Semasa memandang hasil karyanya tersebut, saya terfikir untuk mengebom tempat2 yang mungkin saya lawati di kota Hanoi dengan sticker art.
Memandangkan Hanoi telah dinamakan Top Destination 2010, tentunya ramai pengunjung2 dari benua Eropah + Amerika akan ke Hanoi. Mereka terutama dari golongan muda tahu akan guerrilla sticker art + biasanya akan google siapakah artis yang bertanggungjawab, jika mereka tertarik dengan karya tersebut.
Antara ide2 senget saya untuk memperkenalkan artis2 tempatan di mata dunia.
O_O
Saya + seni?
Benar, saya adalah seorang kaki seni.
Sebelum ini saya ada berjinak2 dengan guitar akibat peer pressure, terutamanya dari rakan saya, Widie. Semasa di kolej pula saya ada menemani rakan melihat matahari terbenam di sebalik Brighton Palace Pier sambil menulis lagu bersama. Namun, saya berhenti bermain guitar semasa di kolej. Jangan ditanya mengapa. ;op
Di universiti pula saya berjinak2 dengan seni fotografi + turut menyertai pertandingan fotografi di peringkat universiti. Saya masih ingat dua rakan saya, Chia Yen + Lina, yang amat supportive + beriya-iya mahu saya memenangi kesemua pertandingan. Sangat comel!
Semasa saya pulang ke tanahair, saya langsung tidak tahu apa2 tentang gerakan seni tempatan. Saya banyak menghabiskan masa di internet untuk mengikuti the UK scene. Peluang menonton persembahan dari Ramli Ibrahim telah membuatkan saya dahaga + mula mencari. Manakala rakan2 blog memperkenalkan saya kepada indie scene tempatan melalui Stonebay + Wondermilk.
Acara tempatan pertama saya sertai adalah 'Art for Grabs' di Annexe Gallery, Central Market. Saya menjual barangan kraftangan buatan sendiri. Every sales made me excited, terasa seperti mendapat penghargaan. Saya sangat suka the environment di sana, semua orang amat peramah + saling bantu-membantu, kami juga banyak berkongsi ide + pengalaman di sana. :o)

No comments:
Post a Comment