Ya ... itu saya yang tergantung di permukaan laut.Kenapa? Tak percaya ke?
Ahad lalu saya baru bertemu dengan Aliff + Amyrol.
Aliff sedang menyiapkan satu projek yang merupakan hadiah ulang tahun perkahwinan ibubapanya, dan dia mengatakan gambar ayahnya dari tahun 70-an agak mengejutkan kerana ayahnya tampak hippie berbeza dengan ayahnya sekarang. Ibubapa saya apa kurangnya.
Saya rasa gambar-gambar saya dari zaman universiti akan memberi kejutan yang sama bagi mereka dari masa hadapan.
Semasa saya *terbatuk* muda, saya amat menggemari sukan extrem, tetapi sekarang kasut sukan pun saya tak ada. :op
Gambar tersebut diambil semasa saya baru selesai membuat lompatan bungee saya yang pertama sekitar tahun 2002 di Cyprus. Di sana juga saya berkesempatan mencuba cliff jumping.
Cyprus merupakan salah satu destinasi kegemaran saya.
Pada waktu itu, industri pelancongan Cyprus belum lagi sekomersil sekarang. Penduduk tempatan belum lagi dipengaruhi budaya materialisme. Ianya selamat di Cyprus, saya turut diberitahu bahawa saya tidak perlu risau tinggalkan kamera saya di pantai kerana orang tidak mencuri. Kami juga sering mendapat jemputan makan di rumah.
Keaadan berbeza sekarang.
Pencalonan keluar dua finalis yang sepatutnya dijalankan semalam ditunda ke hari esok. Ya ... kami turut menerima kejutan, bukan sahaja pelajar AF. :op
Perasaan saya sekarang sama dengan perasaan saya semasa pertama kali membuat lompatan bungee - teruja dan juga ada sedikit perasaan gementar. Tetapi saya tetap akan menerima apa juga keputusan yang akan diumumkan.
Dua perkara saya perolehi dari minggu pertama, iaitu saya dapat mengasah penulisan saya dalam Bahasa Malaysia + saya juga dapat beberapa rakan baru dari kalangan finalis. :o)
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah mengundi + saya berharap jika saya dapat meneruskan perjuangan ke minggu kedua, anda akan terus mengundi saya.
Satu hari satu undi. :o)
Kepada semua finalis, all the best!

i will undi u everyday!
ReplyDeleteala, Maryam, i boleh vote sekali sehari jea... takpe will selang-seli with another 2 more contestant, my fav. Good luck Maryam!!! you boleh menang, InsyaAllah.
ReplyDeletehey! thanks very much for your kidness. :o)
ReplyDeletemenang kalah, that's adat but it's an interesting experience tho + i get to meet new people too! :o)