Salam perkenalan semua! :o)*melambai kepada pembaca*
Saya Maryam, tinggal di Subang Jaya. 'MAS - Saya Nak Cuti!' telah membocorkan rahsia umur saya yang sebenar. Tsk! Tsk! Tsk! Jadi buat pertama kalinya, saya mengaku, secara teknikal, saya masih berumur 31 tahun.
Lahir pada bulan Disember maa!
Kenapa saya fikir saya layak terbang ke Hanoi untuk tinggalkan Kuala Lumpur buat seketika?
April 2008 merupakan tarikh keramat, saya berazam untuk mengejar passion serta impian, saya tinggalkan lifestyle lama ... percayalah, itu merupakan satu pengorbanan yang agak besar buat saya ... dan pastikan saya tidak mempunyai liabiliti, termasuk kad kredit ... dengan nekadnya saya mula membina Bijou Bazaar.
Saya percaya kita lebih kuat kalau kita berganding bahu dan bangun bersama. Itu yang saya cuba terapkan di Bijou Bazaar, walaupun saya mengaku ianya tidak mudah ... banyak cabarannya, ramai yang tidak memahami dan ianya kadangkala membawa ketegangan. Tetapi kepuasan timbul apabila saya lihat kejayaan dan perkembangan mereka yang telah menjadikan Bijou Bazaar titik permulaan mereka. Juga apabila orang yang tidak dikenali bercerita tentang Bijou Bazaar.
Selama hampir dua tahun saya bergerak secara independen, saya lebih banyak belajar tentang manusia dan perniagaan daripada semasa saya bekerja dahulu. Apa yang saya sedari, dalam kehidupan, 'a sense of humour ... is a needed armor. Joy in one's heart and some laughter on one's lips is a sign that the person down deep has a pretty good grasp of life'.
Oh ya, saya tidak menjawab soalan ... saya telah bekerja keras selama ini dan saya mahu terbang bebas buat seketika sebelum saya mula bertempur menjurus ke 2012 London Olympics.
Ya, kami telah mendapat jemputan! w00t! w00t! :op
Al maka, saya perlukan bantuan anda semua yo! Klik 'undilah saya!', fikirkan saya layak?
Terima kasih kerana membaca coretan pertama saya. Kita berborak lagi esok ya? :o)
Jaga diri + keluarga!
xoxo

No comments:
Post a Comment