Melihat tugasan blog untuk hari ini, saya mulai mendengar lagu OAG - 60s TV bermain di benak. Ya ... saya amat menggemari muzik, saya tidak memilih genre, saya lebih mementingkan kekuatan gubahan muzik.Semasa saya masih di universiti, saya banyak menghadiri konsert artis antarabangsa sehingga sampai satu tahap, ianya banyak menghabiskan wang ringgit. Jadi saya mulai bekerja secara sambilan di Student Union supaya saya dapat menonton band kegemaran saya beraksi tanpa perlu membeli tiket. :op
Pada pendapat saya, konsert yang paling bertenaga pernah saya hadiri adalah oleh 'Korn' + vokal terbaik adalah oleh 'Lauryn Hill'.
Terus terang saya katakan, saya belum lagi berpeluang melihat montaj 'MAS - Saya Nak Cuti!' atau video profil saya di ASTRO Ria. Kedua-duanya ada ditayangkan di ASTRO Ria bukan?
Apa perasaan saya masuk TV?
*berfikir*
*berjalan ke arah TV, masuk TV, keluar TV*
*masuk TV, keluar TV*
*masih berfikir*
Mungkin kerana saya belum berpeluang melihat klip video profil atau montaj 'MAS - Saya Nak Cuti!' di ASTRO Ria, saya tidak tahu apa yang akan saya rasakan.
Tetapi jika disoal apa perasaan saya jika saya dapat ke Hanoi?
*melompat-lompat keliling rumah*
*lari keliling padang sekolah di hadapan rumah*
*buat cartwheel beberapa pusingan walaupun pada realitinya saya tak reti buat cartwheel*
Tentunya lebih gembira dari gembira. :o)
Mahukan sesuatu yang kita tidak pernah rasai + merindui sesuatu yang pernah kita rasai kemanisannya. Yang mana lebih azab?
Ya ... saya amat merindui Ha Long Bay, yang berdekatan dengan Hanoi. Jika anda hantar saya ke Mui Ne, yang juga berdekatan dengan Hanoi untuk cuba kitesurfing, contohnya. OK laaaAAaaAAaaah, saya akan pergi tapi mungkin saya tak akan buat cartwheel seperti di atas atau lari keliling padang sekolah, saya mungkin akan lompat setempat sahaja.
Selamat bercuti! :o)
OAG - 60s TV

No comments:
Post a Comment