Wednesday, February 17, 2010

[17.02.2010] TOP 18

Wow!

Amat mengejutkan, tetapi saya turut lega menerima berita. Mana taknya, semasa saya mula-mula menghantar penyertaan, fokus saya hanyalah untuk memenangi percutian ke Hanoi, Vietnam. Titik!

Setelah penggambaran video profil dijalankan, saya mula menyedari pertandingan ini sebenarnya tidak begitu mudah. Pertama sekali, finalis perlu meyakinkan pengundi bahawa mereka layak memenangi percutian tersebut hanya dengan video profil, blog dan foto mereka. Keduanya, finalis turut perlu berkempen untuk mendapatkan undi. Seperkara tentang diri saya, I don't like to be a burden to others, agak berat untuk saya meminta bantuan dari orang lain.

Bayangkan perasaan panik saya apabila blog + foto saya di laman web mastraveller.com tidak dapat dikemaskini kerana masalah teknikal. Ditambah dengan berat mulut untuk meminta bantuan, tetapi terpaksa juga.

Saya minta maaf kalau peringatan demi peringatan dari saya untuk mengundi anda rasa agak annoying. Saya amat menghargai setiap saat anda luangkan untuk membuka akaun di mastraveller.com + membuang undi. I know, that's a lot of effort. Ribuan terima kasih saya ucapkan.

Saya agak terkilan Syahrom terkeluar awal kerana dalam masa seminggu kami berinteraksi melalui Facebook, saya rasakan beliau pandai menulis + saya juga dapat tahu beliau juga pernah bermain muzik di Lepak Cafe. Saya rasakan beliau mempunyai substance. Mungkin masa seminggu tidak cukup untuk membolehkan pengundi mengenali beliau + kesibukan beliau di pejabat juga tidak membolehkan beliau berkempen.

Saya juga berkesempatan mengenali Melvin, Aliff dan Amyrol. Saya amat sukakan tenaga positif yang terpancar dari Melvin. Aliff sangat kreatif, articulate + bertenaga. Beliau juga boleh menyanyi, telah belajar bermain guitar melalui pendengaran + mahu belajar bermain piano melalui pendengaran. Amyrol saya jangka adalah Mr Popular. Beliau juga mempunyai tenaga luar biasa + bijak mengatur strategi perniagaan. Saya baru sahaja berpeluang untuk mengenali Sheela, amat bersopan orangnya. Tetapi saya belum lagi berkesempatan mengenali yang lain.

They all have something to offer. :o)

No comments:

Post a Comment