Saturday, February 13, 2010

[13.02.2010] Polaroid Dunia


Saya suka menulis?

Hanya tulisan simple sahaja untuk tujuan blog, paling-paling pun tulisan saya ada diterbitkan di ruangan Letters to the Editor, New Straits Times. ;o)

Dulu memang saya ada mengendalikan blog, tetapi saya telah berhenti menulis blog persendirian dengan nama pena 'Wegra' pada tahun 2008, dan berpindah ke Facebook + Twitter untuk terus berinteraksi dengan rakan-rakan. Ya lah, kalo nak harapkan berjumpa sahaja, tentunya saya tak dapat tunaikan + saya akan lenyap dari dunia mereka. :op

Zaman saya menulis blog, saya turut menggemari fotografi walaupun tidak menggunakan DSLR. Bagi saya kita tidak perlu mengendalikan kamera yang canggih untuk menghasilkan gambar yang menarik, apa yang penting adalah daya kreativiti kita + kebolehan mencari perspektif yang menarik. Bila dapat kuasai framing + angle, jadi menariklah sesuatu subjek, dengan kamera point-and-shoot pun sudah cukup.

Tetapi jika saya mempunyai DSLR untuk dikendalikan ... FUIYOH!

O_O

Tentu seronok! Hehe!

*hint, hint*

Kenapa saya suka menulis?

Kalau zaman blog dulu, pada mulanya saya banyak menulis tentang perkara harian yang menarik saya rakamkan, perkara-perkara baru yang saya pelajari ... saya menulis tentang muzik, filem, buku yang saya baca dan banyak lagi. Lama kelamaan ramai rakan lama menemui blog saya + saya juga dapat ramai rakan blog baru. Saya mula post tulisan serta foto aktiviti kami. Saya suka menulis mungkin kerana sifat saya yang suka berkongsi dan bercerita.

Saya banyak berceloteh bila saya selesa. Semasa penggambaran video profil saya terkaku kerana mungkin terkedu dengan realisation yang video profil ini adalah satu-satunya medium yang akan menentukan saya pergi atau tidak ke Hanoi. Blog pun tidak berapa berkesan untuk membantu audien mengenali saya memandangkan tidak ramai yang suka membaca.

Maka terserahlah kepada anda untuk memberi saya peluang, tetapi setiap undian yang masuk membuat saya tersenyum. :o)

Terima kasih ya kepada yang mengundi, juga yang membaca ...

No comments:

Post a Comment