Gong Xi Fa Cai + Happy Valentine's Day!
Bila saya melihat gambar perkahwinan rakan saya ini, saya teringat akan kedua-dua sambutan tersebut. Hari ini juga merupakan ulang tahun perkahwinan ibubapa saya. :o)
Esok menandakan tamatnya pusingan pertama MAS - Saya Nak Cuti!
Apa perasaan saya?
Excited berbaur sedikit sedih, mungkin.
Saya baru sahaja mengenali beberapa finalis, seperti Jack Amyrol yang agak periang + kelakar, Aliff Azahari yang saya rasa bijak, youthful + kelakar, Melvin Paul yang sentiasa positif juga Syahrom yang juga saya rasa bijak + wise. Saya belum lagi berkesempatan berkenalan dengan finalis lain + telah tiba masanya dua finalis dikeluarkan.
Saya terima apa sahaja keputusan. Jika saya tidak dapat ke pusingan yang berikut, mungkin bukan rezeki saya. Jika saya tidak dapat menjadi salah seorang daripada 7 finalis, saya hanya perlu berkerja lebih keras + simpan duit untuk ke Hanoi pada masa akan datang.
Lagipun, semasa shooting video profil, saya tidak berpuas hati dengan prestasi saya. Saya rasa adik ipar saya yang berada bersama saya turut berasa disappointed kerana dia kata saya bukan diri saya di dalam video tersebut, saya sebenarnya tidak formal, sangat selamba, fun, sukakan orang + kanak-kanak, tetapi saya tidak nampak demikian di dalam video tersebut. Bukannya saya tak pernah diinterbiu secara live untuk TV, saya lebih selamba + riang dalam rakaman tersebut.
Saya bertanya dengan krew, apa yang perlu saya buat untuk memperbaiki situasi. Jawapannya, "dapatkan 10,000 rakan-rakan untuk mengundi".
o_O
Bad news, saya tidak mempunyai 10,000 rakan-rakan. Hahahaha! :op
Undian anda amat bermakna + saya ucapkan ribuan terima kasih kepada mereka yang telah mengundi + terus mengundi. :o)
Kepada 20 finalis MAS - Saya Nak Cuti!, selamat berjuang + the best of luck for tomorrow. Apa kata mereka ... cayok!!! ;op

No comments:
Post a Comment