It's not about winning a free holiday, it's about having a chance to taste what is a dream job for most.
Saya rasa training yang saya dapati dari ibu saya serta dari sekolah menengah membuatkan saya sering memberi 1001% kepada setiap kerja yang saya lakukan + sentiasa berfikiran sebagai seorang challenger; sentiasa mahu memberikan hasil kerja atau solusi yang lebih baik, lain daripada yang lain ... seperti motto Malaysia Airlines dahulu, going beyond expectations.
Saya juga sering memikirkan garisan penamat, setiap kali saya memulakan sesuatu pekerjaan.
Pengalaman bekerja pula mengajar saya untuk mengendalikan tight deadlines + juga menangani last minute changes. Cuma dalam situasi yang agak stressful itu, seseorang perlu tolong jagakan handphone saya. Walaupun saya dapat menghasilkan keajaiban, saya selalunya akan kehilangan handphone. :op
Tentunya sebaik sahaja menyedari yang program ini memerlu finalis menjadi host episod destinasi pilihan, saya mulai mengkaji penyampaian host rancangan2 travel. Saya akan menjalankan beberapa trial run, jika saya tidak terkeluar separuh jalan.
Saya turut mengkaji travelog + episod rancangan2 travel yang menceritakan tentang Hanoi + Ha Long Bay, Vietnam bagi membantu saya mencari kelainan. Buat apa kita buat apa yang telah dibuat oleh rancangan2 travel lain? Lebih baik kita buat alih suara sahaja.
Saya telah mendapat berita gembira hari ini. Sekumpulan freerunners yang berasal dari kota Hanoi telah membalas e-mail saya. Jika saya berpeluang ke Hanoi, saya ingin membuat liputan tentang sub culture yang berasal dari Perancis itu.
w00t! w00t! Tentunya teruja bukan kapalang!
;o)
Peringatan: 3 hari lagi ke hari Rabu di mana 2 finalis akan tersingkir yo! Sudahkah anda menjalankan tanggungjawab anda? ... hehe ...

No comments:
Post a Comment