Am I allowed to use bahasa pasar + rojak the language a tad bit? Tu laaa, tak de penyakit cari penyakit. Haha! Sekarang juling mata nak menulis. :opOK lah, tentu mereka yang tak mengenali Bijou Bazaar pelik. Apa sebenarnya projek yang Maryam jalankan sampai tak de masa untuk diri sendiri? Apa sebenarnya Bijou Bazaar? Kalau bazaar, bukan flea market ke?
Sebenarnya saya ni seorang usahawan sosial. Apa yang dimaksudkan dengan enterpris sosial ialah satu perniagaan yang menggabungkan elemen sosial dan keuntungan. Di samping membina enterpris saya, saya turut menyediakan platform sebagai batu loncatan, mungkin, bagi micro retailers dan usahawan kreatif dari kalangan youth menapak di dalam industri mereka.
Adakah Bijou Bazaar tergolong dalam kategori flea market? Mungkin ya, mungkin tidak? Seperti flea market konvensional, usahawan mikro berniaga di Bijou Bazaar dan kami tidak beroperasi setiap hari. Tetapi Bijou Bazaar lebih mementingkan shopping experience + komuniti kami. Kami banyak menggunakan social media. Kami mengahwinkan tiga elemen, iaitu retail lab + noise venue + installation space pada setiap penganjuran. Kami memberi kebebasan untuk expresi diri. Kami tidak terikat pada satu tempat; bersifat nomad + beroperasi sebulan sekali.
Kalau beroperasi sebulan sekali, kenapa sibuk sangat?
Saya juga ada mengendalikan projek lain yang berkaitan. Untuk projek-projek ini biasanya saya jalankan secara kolaborasi dengan usahawan-usahawan Bijou Bazaar.
Contoh projek?
Tahun lepas kami dijemput untuk menghadiri salah satu event tahunan menuju 2012 London Olympics di sebuah bandar yang akan dibangunkan seakan Bukit Jalil di mana atlit akan menginap kelak. Kos produksi di UK ditanggung oleh mereka tetapi kos produksi di Malaysia serta kos perjalan ke UK adalah perkara yang perlu kami tangani sendiri.
Wah! Nampaknya, Maryam sedang bermonolog dengan diri sendiri. Hahahaha! :op
Mungkin saya boleh berkongsi foto-foto penganjuran bagi memberi imbasan apa sebenarnya projek-projek yang saya kendalikan.
Apa-apa pun jangan lupa mengundi? ;o)

No comments:
Post a Comment