Friday, February 19, 2010

[19.02.2010] Tinta Hari

Pagi tadi selesai menulis pelan implimentasi bagi satu projek kolaborasi, saya terpandang telefon saya + menyedari saya telah mendapat tiga missed calls dari Juju, adik rakan saya, Naz. "She's out!", terdetik di minda. Tekaan saya disahkan oleh Juju, apabila saya membalas panggilannya. Naz selamat melahirkan anak sulungnya, Qusandra Hidayah.

Ya ... gambar di atas merupakan gambar hari perkahwinan mereka beberapa tahun lalu.

Saya tidak mempunyai rutin tetap, kecuali yang saya ni a morning person. Bergantung kepada projek-projek yang saya kendalikan pada satu masa, saya akan bangun di antara jam 5 hingga 6:30 pagi. Walaupun pada hari-hari yang saya tidur lambat, saya akan bangun secara automatik pada waktu tersebut. Saya juga cuba tidak terlepas mendengar kicauan burung dari luar tingkap setiap pagi.

Dahulunya, saya akan mulakan hari dengan a brisk walk, tetapi sekarang saya akan pergi terus ke laptop atau membaca buku, bila saya rasa ingin bangun lambat sedikit. Saya banyak membaca tajuk-tajuk sosiologi dan ekonomi ... hehe! ... kalau tajuk-tajuk fiksyen saya lebih suka tulisan Haruki Murakami, Milan Kundera + Salman Rushdie, saya ada juga membaca nukilan karyawan agung Premoedya.

Hey, nerd-ism is cool OK!

Untuk bekerja, saya hanya memerlukan laptop + juga telefon saya. Saya mempunyai pejabat di Bandar Sunway, tetapi saya boleh bekerja dari mana-mana, terima kasih kepada USB broadband. :op

It's hard to describe a typical day. Satu hari tidak pernah sama dengan hari berikutnya. Ada hari saya akan mennghabiskan masa sepenuhnya di hadapan laptop. Ada hari saya akan drift dengan kereta saya ke hulu + ke hilir. Kerja saya memerlukan saya banyak berjumpa dengan orang. Kadang-kadang saya perlu menghadiri gigs atau events. Saya pernah bertukang membina props + membantu menghasilkan 500 biji 'vespa' paper art untuk hiasan meja ... saya bertaubat selepas itu, tidak lagi saya akan perasan kreatif.

OK lah, selamat hari minggu ... jaga diri. :o)

No comments:

Post a Comment